fbpx

Usul tidak percaya PM tidak akan tercapai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD MASLAN (kanan) hadir pada Majlis Aspresiasi Tadika Agama Johor (TAJ) Daerah Pontian di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian, hari ini.

PONTIAN – Persidangan Dewan Rakyat pada 28 Februari depan menyaksikan usaha pembangkang untuk mengusulkan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan tercapai.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, angka yang diuar-uarkan oleh pembangkang untuk meruntuhkan kerajaan Perpaduan semakin merosot berikutan enam Ahli Parlimen dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertindak menyokong Perdana Menteri.

Malah menurut beliau, 10 lagi Ahli Parlimen dari Bersatu dikhabarkan bakal mengumumkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadikan Perikatan Nasional (PN) semakin kekurangan Ahli Parlimen yang berpihak kepadanya.

Menurut beliau, dengan perkembangan terkini, pembangkang tidak akan membuat usul undi tidak percaya kerana mereka sudah tiada kekuatan untuk mengemukakan usul undi tidak percaya.

“Ini kerana pembangkang tidak cukup angka, angka yang mereka nyatakan sebelum ini hanya khayalan. Oleh itu apabila sidang Dewan Rakyat bermula nanti, pembangkang tidak akan sesekali nyatakan usul undi tidak percaya” katanya selepas merasmikan Majlis Aspresiasi Tadika Agama Johor ( TAJ ) Daerah Pontian di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini hari ini.

Terdahulu, Anwar dilaporkan berkata pembangkang dilihat tidak mempunyai kekuatan untuk membawa usul undi tidak percaya terhadapnya di Parlimen.

Kontroversi mengenai sokongan terhadap Anwar mula bertiup kencang susulan tulisan seorang penulis blog yang mendakwa pembangkang telah berjaya memperoleh sekitar 120 akuan berkanun (SD) untuk menjatuhkan pentadbiran kerajaan pimpinan Anwar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI