fbpx

Terbuka Australia: Sinner raih Grand Slam pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SINNER bangkit daripada ketinggalan dua set di perlawanan akhir sebelum memastikan gelaran Terbuka Australia menjadi miliknya. - AFP

MELBOURNE – Pemain tenis No.4 dunia, Jannik Sinner melakar sejarah tersendiri apabila meraih Grand Slam pertama dalam karier selepas muncul juara pada kejohanan Terbuka Australia hari ini.

Pada aksi final yang berlangsung di Melbourne Park tadi, pemain Itali itu dipaksa bekerja keras sebelum memastikan kemenangan 3-6, 3-6, 6-4, 6-4, 6-3 ke atas pemain No.3 dunia, Daniil Medvedev.

Sinner membuktikan dia bukanlah seorang pemain yang mudah menyerah kalah apabila bangkit daripada ketinggalan dua set untuk membenam cabaran pemain No.3 dunia itu dan membawa pulang trofi kejuaraan.

Kemenangan itu pastinya menjadi pembakar semangat buat Sinner dalam memburu lebih banyak kejuaraan selepas ini, lebih-lebih lagi dia berjaya menyingkirkan juara 24 kali Grand Slam, Novak Djokovic di separuh akhir.

“Tahniah kepada Daniil (Medvedev) dan pasukannya kerana menunjukkan aksi cukup baik sepanjang kejohanan ini. Kami sudah bertemu banyak kali di perlawanan akhir dan dia berjaya menjadikan saya seorang pemain yang lebih baik.

“Saya harap dia juga dapat merealisasikan hasrat untuk menjulang trofi pada kejohanan ini. Saya yakin dia mampu melakukannya,” kata Sinner selepas tamat perlawanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI