fbpx

Shila Amzah kongsi ‘morning sickness’ dengan Ubai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shila mengakui harus mengawal alahannya dan mengelakkan daripada kerap muntah demi menjaga pita suara.

PETALING JAYA – Penyanyi Shila Amzah mengakui kehamilan keduanya sangat berbeza apabila suaminya, Ubai turut berkongsi alahan yang sama dengannya.

Menurut Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, 34, pengalaman tersebut cukup mengujakannya kerana suaminya yang terlebih dahulu mengesan kehamilannya.

“Alhamdulillah setakat ini saya tidak mengidam benda yang pelik-pelik, tetapi menariknya saya dan suami sama-sama berkongsi alahan (morning sickness).

“Malah, sebelum saya melakukan ujian kehamilan, Ubai sudah dapat rasakan yang saya berbadan dua. Dia beritahu saya mungkin hamil tetapi menafikannya sebab memikirkan begitu banyak kerja yang perlu diselesaikan.

“Sebaik saya disahkan hamil, Ubai pula yang mengalami alahan. Dia rasa mual-mual sehingga terpaksa berhentikan kereta di tepi jalan dan tidak boleh memandu. Kadang-kala dia yang akan rasa sakit belakang dulu, kemudian barulah saya pula rasa” kata Shila sambil ketawa.

Shila berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis resepsi penyanyi Amylea Azizan yang berlangsung di Bizmilla Wedding Hall, di Subang malam tadi.

Penyanyi lagu Patah Seribu itu bagaimanapun menjelaskan, dia harus mengawal alahannya dan mengelakkan daripada kerap muntah demi menjaga pita suara.

“Sebagai penyanyi saya harus menjaga mutu vokal dan muntah yang keterlaluan adalah tidak elok kerana boleh merosakkan pita suara.

“Jadi, setiap hari walaupun rasa loya, saya akan cuba menahan diri daripada muntah dengan menggunakan minyak angin atau memakan makanan yang masam untuk potong rasa loya,” kongsi Shila.

Tambah Shila, kehamilan kedua ini sangat berbeza jika hendak dibandingkan ketika mengandungkan anak sulungnya, Seth.

Kalau dahulu dia banyak menguruskan dirinya sendiri, kali ini Shila bukan sahaja mendapat sokongan suami tetapi juga rakan-rakan dan orang disekelilingnya.

“Ubai pesan supaya saya menjaga emosi, tekanan dan mengabaikan perkara negatif yang boleh menganggu saya.

“Sebelum ini seperti yang semua tahu saya mengalami pelbagai dugaan dan suami pesan saya fokus perkara yang lebih penting,” tutur Shila lagi yang turut diserang anxiety ketika hamil.

Shila yang kini berada di fasa kedua trimester kehamilan memberitahu, dia dan suami mempunyai sebab mengapa mereka merahsiakan kehamilan pada peringkat awal.

“Sebenarnya ketika saya menyertai program Famili Duo, kami sudah tahu (hamil). Cuma waktu itu hanya saya, suami dan pasukan yang bekerja dengan saya sahaja yang tahu.

“Keluarga juga langsung tidak tahu, rasanya lebih baik begitu kerana waktu itu terlalu banyak perkara yang berlaku. Sekarang semua sudah tenang jadi bolehlah saya kongsi dengan semua,” kata Shila.

Ditebak soal jantina bayi dalam kandungannya, Shila mengakui sudah banyak kali menjalani pemeriksaan ultrasound, tetapi sehingga kini masih belum tahu.

“Sudah banyak kali pergi scan, tetapi tetap tidak nampak sebab baby kepit kaki (ketawa). Tidak apalah, saya tidak kisah lelaki atau perempuan, asalkan bayi sihat sudah memadai buat saya,” ujar Shila.

Shila mendirikan rumah tangga dengan Ubai atau nama sebenarnya, Muhhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 26, pada 4 Ogos 2023.

Sebelum itu, Shila pernah berkahwin dengan Haris Edraki pada 2018, namun hubungan tersebut berakhir dengan penceraian. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais yang kini berusia lima tahun. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI