fbpx

Selangor perluas tanaman jagung bijirin ke negeri lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin ketika hadir pada program Hari Prihatin Rakyat Parlimen Gombak 2024 dan Karnival Keusahawanan dan Kebudayaan di Dewan Orang Ramai Kampung Melayu Wira Damai, hari ini.

GOMBAK – Kerajaan Selangor akan mengadakan rundingan dengan beberapa negeri lain bagi mengadakan kerjasama untuk memperluaskan tanaman jagung bijirin berkualiti tinggi.

Ini kerana kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, setakat ini pihaknya hanya mempunyai kawasan yang agak terbatas namun keperluan di pasaran adalah tinggi.

Jelas beliau, projek tersebut akan membuahkan hasil lumayan kerana ia tidak melibatkan kos yang tinggi.

“Secara jujurnya kita sedang sasarkan untuk bekerjasama dengan negeri lain atau anak syarikat yang ada tanah. Ini kerana projek tanaman jagung bijirin ini terbatas atas isu tanah.

“Kita hanya ada 300 ekar tanah yang boleh dibangunkan untuk tanaman jagung bijiran tetapi keperluan kita sebenarnya adalah ribuan ekar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar ketika program Hari Prihatin Rakyat Parlimen Gombak 2024 dan Karnival Keusahawanan dan Kebudayaan di Dewan Orang Ramai Kampung Melayu Wira Damai di sini, hari ini.

Pada karnival itu, kira-kira 5,000 penduduk sekitar Parlimen Gombak hadir memeriahkan program itu yang berlangsunv dari pukul 8 pagi.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, jika usahasama itu berjaya ia akan mengurangkan kos makanan ayam sehingga 20 peratus sekali gus menurunkan harga jualan hasil ternakan.

“Saya yakin kita boleh buat sebab formula sudah ada dan kita sudah ada contoh. Kosnya juga sangat berpatutan kerana kita tidak guna mesin untuk tanam atau tuai,” katanya.

Pada 21 Januari lalu, Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor menuai 118 tan hasil pertama jagung bijirin berkualiti tinggi yang mula ditanam tahun lalu.

Menurut Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim tuaian pertama itu melibatkan kawasan seluas 16.9 hektar daripada keseluruhan 121 hektar ladang di Kuala Langat Selatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI