IPOH – Memahami rintihan rakyat tentang kenaikan harga barang, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu program Jualan Termurah Madani yang menjual barangan basah dan kering, akan diteruskan serta diperluaskan ke seluruh negara.
Kata Anwar, program itu diharap dapat membantu mengurangkan kos hidup rakyat dan beliau sedia menerima sebarang teguran tentang masalah kenaikan harga barang.
“Satu hal yang tidak mudah yang kita lakukan kerana harga pasaran di mana-mana di dunia ini sedang meningkat begitu tinggi yang memberi kesan kepada rakyat.
“Kalau kita cakap pelaburan tinggi, ekonomi baik, orang kata tak juga (kerana) harga barang naik. Saya terima teguran itu. Sebab itu kita cari jalan untuk selesaikan masalah di akar umbi,” katanya sewaktu melawat Program Jualan Termurah itu yang diadakan di padang Taman Klebang Restu, Ipoh di bawah kawasan Parlimen Tambun, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE