fbpx

PM ziarah keluarga ADUN Hulu Kinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) bercakap dengan Muhamad Arafat (duduk, kanan) di kediamannya di Tanjung Rambutan, Ipoh, Perak hari ini.

IPOH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menziarahi keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad yang kematian bapanya akibat sakit tua di Hospital Fatimah di sini kira-kira pukul 1 petang semalam.

Muhamad Arafat berkata, Allahyarham yang berusia 76 tahun menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan sejak minggu lalu sebelum meninggal dunia semalam akibat pelbagai komplikasi seperti jangkitan paru-paru dan penyakit darah tinggi.

“Jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Jamek Tanjung Rambutan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Bakar Bata, Tanjung Rambutan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas tentang kunjungan tersebut, Muhamad Arafat berkata, kunjungan selama kira-kira 10 minit Perdana Menteri di kediaman keluarganya itu adalah amat dihargai biarpun beliau sibuk dengan jadualnya di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang yang juga Pengerusi PKR Perak, Chang Lih Kang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI