fbpx

Piala FA: Hajat besar Guardiola tertunai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKE (kiri) muncul wira City apabila meledak gol tunggal ketika menyingkirkan Spurs pada aksi pusingan keempat Piala FA awal pagi semalam. - AFP

LONDON – Aksi pusingan keempat Piala FA di Stadium Tottenham Hotspur awal pagi semalam hampir menyaksikan Manchester City terus kempunan untuk mencatat kemenangan apabila perlawanan dilihat seakan berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Kali terakhir City mencatat kemenangan di stadium tersebut pada 25 April 2021 ketika saingan Piala Liga Inggeris dengan mencatat kemenangan 1-0, namun Nathan Ake muncul wira meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-88 untuk meraih kemenangan.

Kemenangan itu menyaksikan City berjaya menempah aksi pusingan kelima Piala FA musim ini selain menyempurnakan impian pengendalinya, Pep Guardiola untuk pasukannya meledak sekurang-kurangnya satu gol di stadium berkenaan.

“Bola sepak adalah mengenai menjaringkan gol dan bukannya bolos. Kami bermula dengan baik kali ini, tetapi apabila anda melihat statistik lalu, kami tidak mampu menjaringkan gol dan memenangi perlawanan di sini dan situasi itu hampir sama kali ini.

“Kami ke sini sudah pastinya untuk memenangi perlawanan menentang Spurs di tempat mereka, namun kami juga memiliki keinginan untuk melangkah lebih jauh dalam saingan ini.

“Ia adalah perlawanan yang sukar menentang pasukan di kelompok atas. Kami terpaksa bekerja keras untuk kekal dalam perlawanan. Walaupun kami menjaringkan gol dan menang, mereka masih pasukan terbaik.

“Mereka membuatkan anda menderita pada satu ketika apabila pemain pertahanan kami terpaksa bekerja keras. Kami akan terus bermain dengan cara kami sendiri,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI