fbpx

Piala Asia: Australia mudah atasi Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERTAHANAN Australia, Harry Souttar (tengah) meraikan jaringan keempat pasukannya ketika raih kemenangan 4-0 ke atas Indonesia, sebentar tadi. - AFP

KUALA LUMPUR – Impian Indonesia untuk cipta sensasi di pentas Piala Asia 2023 menemui titik noktah apabila tunduk 0-4 kepada Australia pada aksi 16 terbaik di Stadium Jassim Bin Hamad, sebentar tadi.

Jaringan sendiri Elkan Baggott pada minit ke-12 yang memberikan gol pertama Australia seakan beri petanda malang buat Indonesia yang dilihat memiliki set pemain matang kerana sentiasa bersikap positif untuk cuba beri cabaran.

Dalam situasi gol pembukaan itu, Baggott seakan tidak bernasib baik ketika usahanya menghalang hantaran lintang yang cuba dilakukan bintang utama Australia, Jackson Irvine.

Sebaik aksi memasuki minit ke-45, skuad The Socceroos memastikan mereka memasuki bilik persalinan dengan lebih selesa apabila memperoleh jaringan kedua menerusi ‘flying header’ Martin Boyle.

Selepas aksi bersambung, peratusan penguasaan bola Indonesia dilihat lebih baik namun Australia nyata lebih matang untuk menyekat setiap gerakan diatur pasukan lawan.

Walaupun cuba diberikan saingan, Australia yang dibimbing Graham Arnold sering kali dikecewakan oleh sentuhan penyudah yang menafikan hasrat mereka menambah jaringan.

Bagaimanapun, usaha keras dilakukan akhirnya membuahkan hasil apabila berupaya mencetak dua lagi gol, masing-masing menerusi Craig Goodwin pada minit ke-89 dan Harry Souttar, sejurus aksi memasuki masa kecederaan.

Di suku akhir nanti, Australia dijadualkan bertemu pemenang aksi Arab Saudi dan Korea Selatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI