TIADA siapa menyangka siswa kecil molek ini mempunyai bisnes sendiri sebagai seorang usahawan tudung. Malah, keputusan Syazana Romli, 26, untuk mengambil jurusan seni reka bentuk fesyen di peringkat diploma memberi banyak kelebihan kepadanya. Kini, Syazana atau lebih mesra disapa Nana sedang menyambung pengajian dalam jurusan pengurusan perniagaan di peringkat ijazah bagi menambahkan lagi ilmu usahawan. Sesuatu yang menarik, wanita kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini cukup bertuah apabila wajahnya yang persis pelakon cantik, Nur Fazura sedikit memberi tuah kepadanya untuk lebih…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya