fbpx

Menteri bukan Melayu akan diundang sertai KEB 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika menyampaikan ucapan perasmian penutup Kongres Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Perak di Pusat Konvensyen Casuarina di Ipoh, hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Menteri-menteri bukan Melayu akan diundang untuk menyertai Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) yang akan berlangsung pada 29 Februari hingga 2 Mac depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tersebut adalah bagi memastikan permasalahan melibatkan semua bangsa tidak kira bumiputera, Cina dan India dapat ditangani secara bersama.

“Saya mahu dengan Malaysia baharu ini, di bawah Malaysia Madani, masalah India, Melayu, Cina, Iban dan Dayak dapat ditangani dengan bijaksana.

“Agenda ini akan menekankan beberapa pendekatan baharu. Kongres ini akan menilai projek-projek yang dijalankan dan memperkenalkan beberapa program baharu,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian penutup Konvensyen Kerajaan Perpaduan di Pusat Konvensyen Casuarina, di sini hari ini.

Beliau berkata, KEB tersebut juga menjadi platform bagi mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi kaum bukan bumiputera terutamanya Cina dan India di negara ini.

Pada masa sama, Anwar berkata, pendekatan baharu tersebut memerlukan keberanian daripada semua pihak seperti Barisan Nasional (BN), UMNO terutamanya dan Pakatan Harapan menerusi PKR dan Amanah untuk mendepani masalah-masalah dihadapi kesemua bangsa di negara ini.

Anwar berkata, keberanian mendepani cabaran tersebut sekali gus bakal menjadikan kongres akan datang berkenaan lebih baik daripada yang telah dilaksanakan sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI