fbpx

JKM kesan ahli keluarga remaja mangsa rogol, pukul bapa kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan suspek memukul anaknya di sebuah rumah di Kampung Kendong Baru, Negeri Sembilan baru-baru ini. -FOTO MEDIA SOSIAL

SEREMBAN – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan, kini mengesan ahli keluarga yang lain bagi mangsa rogol dan pukul babitkan remaja berusia 17 tahun di Kendong, Rembau, baru-baru ini.

Pengarah JKM Negeri Sembilan, Rosnah Sardi berkata, langkah itu adalah bagi menentukan kesesuaian penempatan kanak-kanak (remaja) berkenaan selepas ini.

Bagaimanapun menurutnya, berdasarkan perancangan, sekiranya tiada ahli keluarga yang mampu menjaga kanak-kanak berkenaan, pihaknya akan menempatkan kanak-kanak tersebut di institusi JKM.

“Ini bagi tujuan perlindungan dan penjagaan. Malah, JKM juga akan memastikan kanak-kanak ini menyambung persekolahan walau di mana penempatan beliau kelak.

“Bagi tujuan ini Pelindung JKM akan terus memantau kanak-kanak ini selain tindakan kaunseling bagi membantu kanak-kanak mengatasi trauma yang dihadapi,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Rosnah berkata, mangsa kini masih dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah, namun dilaporkan berada dalam keadaan baik.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Hazri Mohamad berkata, reman suspek yang tamat semalam kini dilanjutkan selama lima hari sehingga 1 Februari ini bagi membantu siasatan.

Pada 24 Januari lalu, media melaporkan seorang remaja perempuan dipukul teruk oleh bapanya menggunakan pelbagai objek sehingga mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Tampin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI