fbpx

Hujan lebat, ribut petir di Sarawak, Sabah diramal sehingga 2 Februari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di selatan, pedalaman Sarawak serta timur Sabah akan mengalami ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang panjang.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi laman Facebooknya berkata, keadaan tersebut diramal berlaku berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin dijangka berlaku di Malaysia Timur sehingga 2 Februari depan.

“MetMalaysia telah mengemaskini Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora berkuat kuasa sehingga 30 Januari 2024.

“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI