fbpx

Hiba tengok Watie layan Ayash di pusara Siti Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAHDu tetapi mendamaikan. Watie dilihat ikhlas melayani anak-anak tiri, terutama Ayash ketika menziarah pusara Siti Sarah baru-baru ini.

RAMAI yang hiba dan sebak melihat tingkah laku anak bongsu kepada Shuib dan Allahyarhamah Siti Sarah iaitu Ayash Affan menziarahi pusara ibunya baru-baru ini.

Paling meruntun perasaan apabila Ayash yang kini berusia dua tahun, dilihat menyentuh batu nisan arwah ibunya yang meninggal dunia pada 2021 akibat Covid-19.

Bukan sahaja Ayash jadi perhatian. Kelibat isteri baharu Shuib iaitu Watie juga menarik perhatian netizen. Ramai meninggalkan pujian, kagum terhadap wanita itu.

Rata-rata memuji sikap Watie yang disifatkan ikhlas menyayangi empat orang anak tirinya. Biar tidak lahir dari rahim sendiri, namun netizen tersentuh melihat cara layanan Watie terhadap anak-anak tirinya.

“Nampak dari raut wajah Watie dia ikhlas dengan anak-anak arwah, bertuah Shuib,” kata seorang netizen.

“Kurniakanlah kesihatan yang baik buat Watie. Boleh jaga anak-anak dengan baik,” doa seorang lagi pengguna TikTok.

“Bagusnya Watie. Beruntung Shuib dapat isteri yang baik dan memahami,” kata seorang lagi netizen.

Diva pun turut ikut sebak sekali bila mengenangkan nasib anak-anak arwah Siti Sarah, terutama Ayash yang tidak pernah merasa kasih sayang daripada seorang ibu kandung. Rasa nak menangis!

DIVA: Kasihan tengok pelakon Fatiya Latiff apabila wajahnya yang ‘lebam’ selalu jadi usikkan netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI