fbpx

Banjir gelombang keempat di Kelantan pulih sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) menjalankan pemantauan banjir di Kampung Dusun Bunut, Kuala Krai yang terjejas banjir semalam. FOTO APM

KOTA BHARU – Situasi banjir gelombang keempat di Kelantan pulih sepenuhnya selepas sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan 43 mangsa di Tanah Merah dekat sini ditutup sepenuhnya hari ini.

Sekretariat Pengurusan Bencana Kelantan dalam satu kenyataan berkata, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Lalang Pepuyu, Tanah Merah ditutup pada pukul 9.30 pagi tadi susulan cuaca panas dan cerah sejak beberapa hari lalu.

Menurutnya, mangsa terlibat yang terdiri daripada 30 dewasa dan 13 kanak-kanak dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“Bagaimanapun, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi tahap bahaya, namun ia menunjukkan trend menurun.

“Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat pula melepasi tahap berjaga-jaga manakala sungai-sungai lain di Kelantan mencatatkan bacaan normal,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI