fbpx

30,000 rakyat Johor berbaris ucap selamat jalan buat Sultan Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIRA-KIRA 30,000 rakyat Johor akan beratur melambai tangan keberangkatan Sultan Ibrahim ke Istana Negara, Kuala Lumpur Rabu ini. - Foto ARKIB

JOHOR BAHRU – Seramai kira-kira 30,000 rakyat di negeri ini dijangka akan beratur di sepanjang laluan keberangkatan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ke Istana Negara, Rabu ini.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, konvoi mengiringi Sultan Ibrahim dijangka akan bermula di Istana Bukit Serene di sini melibatkan laluan sepanjang 35.5 kilometer sehingga ke Hangar Diraja di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

“Laluan itu melibatkan bermula Jalan Sultan Ismail di hadapan Istana Bukit Serene, Jalan Skudai dan Jalan Lapangan Terbang.

“Laluan sehala akan ditutup bermula pada pukul 7.45 pagi dan pergerakan konvoi akan bermula pada pukul 8 pagi dijangka mengambil sama kira-kira satu jam,”katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Sultan Ibrahim akan berangkat ke Istana Negara Kuala Lumpur bagi Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI