fbpx

Konflik Palestin-Israel: Trak bantuan dihalang masuk Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa trak yang membawa bantuan kemanusiaan dirakam di Lintasan Kerem Shalom, 22 Januari lalu. - AFP

TEL AVIV – Beratus-ratus penunjuk perasaan Israel menghalang trak bantuan kemanusiaan daripada memasuki Semenanjung Gaza pada hari ketiga di sempadan Kerem Shalom, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam.

Penunjuk perasaan yang juga terdiri daripada ahli keluarga tebusan Hamas mengibar bendera Israel di lintasan utama sempadan ke wilayah Palestin tersebut. 

Mereka menuntut supaya tiada bantuan dihantar ke Semenanjung Gaza sehingga semua tebusan yang ditawan Hamas dibebaskan.

Desakan itu dibuat walaupun Amerika Syarikat (AS) menuntut bantuan kemanusiaan kepada orang awam dibenarkan memasuki wilayah Palestin tanpa diganggu mana-mana pihak.

Satu barisan lori yang sebahagiannya mengibarkan bendera Mesir membawa bantuan kemanusiaan terhenti selama berjam-jam di lintasan tersebut ketika penunjuk perasaan membuat desakan kepada Israel supaya menghentikan penghantaran tersebut.

Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) berkata, pada hari pertama protes itu dilakukan, hanya sembilan lori dibenarkan menyeberangi lintasan tersebut. Sebanyak 114 lagi dilencongkan ke Lintasan Rafah yang dikawal Mesir.

Badan dunia itu turut menyatakan bahawa hanya 153 trak telah memasuki Semenanjung Gaza pada Rabu lalu, di mana bilangannya masih rendah berbanding jumlah sebenar yang sepatutnya dibenarkan bergerak ke wilayah Palestin tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI