fbpx

Polis, Imigresen gempur 108 PATI di Pasar Borong Selayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara warga asing yang ditahan dalam serbuan Op Taring II di Pasar Harian Selayang, Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Seramai 108 pendatang asing tanpa azin  (PATI) dicekup dalam serbuan di Pasar Harian Selayang, di sini, awal pagi tadi.

Menerusi Op Taring II itu, seramai 465 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terdiri daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) menyertai serbuan itu termasuk Jabatan Imigresen (JIM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, operasi yang bermula pukul 3 pagi tadi bertujuan membanteras pelbagai jenayah yang berlaku di sekitar kawasan terutama melibatkan PATI.

Jelasnya, operasi berkenaan turut memfokuskan kepada membanteras sebarang aktiviti tidak sihat.

“Ekoran serbuan dibuat, seramai 213 warga asing diperiksa dan mendapati 108 daripadanya merupakan PATI. Kesemua mereka ditahan atas pelbagai kesalahan.

“Antara yang ditahan adalah warga Bangladesh (7), Indonesia (52), Myanmar (35), Nepal (1), India (12), dan Pakistan (1),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, kesemua yang ditahan diserahkan kepada JIM di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959 dan Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan lebih masa.

Tegas Allaudeen, pihak polis serta agensi lain akan terus menjalankan operasi khas seperti ini pada masa akan datang.

“Orang ramai diseru untuk menyalurkan maklumat berhubung kegiatan yang mencurigakan atau kehadiran PATI di kawasan masing-masing kepada pihak polis,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI