fbpx

Peminat Taylor Swift teka 34 lagu dalam seminit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bilal berjaya memecahkan rekod dunia dalam beberapa kategori. - Guinness World Records

ISLAMABAD – Seorang lelaki di Pakistan memecah Guinness World Records selepas berjaya mengenal pasti 34 lagu penyanyi Amerika Syarikat, Taylor Swift berdasarakan lirik dalam tempoh satu minit.

Agensi berita United Press International melaporkan, Bilal Ilyas Jhandir, 20, mendengar lirik dibacakan seorang lelaki tanpa iringan muzik sebelum mengenal pasti setiap lagu semasa percubaan tersebut.

Sebanyak 50 buah lagu terlaris Swift disusun secara rawak semasa percubaan tersebut.

Bilal berjaya mengenal pasti 34 lagu penyanyi kegemarannya itu dalam tempoh satu minit sekali gus memecahkan rekod 27 lagu yang dicatatkan oleh Dan Simpson pada 2019.

“Saya telah mendengar lagu Taylor Swift sejak zaman kanak-kanak. Saya peminat tegarnya. Saya telah mendengar setiap lagu beliau. Saya boleh mengenal pasti hampir semua lagunya menerusi lirik,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI