fbpx

Gempa bumi 3.6 magnitud landa Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Grafik yang dikongsikan MetMalaysia di Facebook.

PETALING JAYA – Satu gempa bumi lemah berukuran 3.6 magnitud berlaku di Perairan Sabah Timur kira-kira pukul 2.11 petang tadi.

Berdasarkan perkongsian di laman Facebook Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), gempa tersebut berlaku pada jarak 57 kilometer (km) dari Sandakan.

Jelasnya, gempa tersebut berpusat pada kedalaman 10 km dan pada koordinat 6.2° Utara dan 118.4° Timur.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikeluarkan susulan kejadian itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI