fbpx

Faisal Halim mahu jumpa Derrick Gan beri hadiah motor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Derrick Gan dan Faisal Halim.

PETALING JAYA – Abang rambut ‘perang’ atau dikenali sebagai Derrick Gan terus menerima ‘durian runtuh’ selepas pemain negara, Faisal Halim mahu menghadiahkan sebuah motosikal kepadanya.

Hasrat pemain sayap negara itu dikongsi oleh seorang pengguna di laman Instagram dikenali sebagai Danial Mazalan.

Individu tersebut mencari Derrick untuk menghadiahkan motosikal baharu selepas penyokong setia Harimau Malaya itu sanggup menjual motosikalnya untuk ke Qatar bagi menyaksikan perlawanan antara Malaysia dan Korea Selatan.

“Blast Active dan Faisal Halim mencari insan ini untuk kami berikan motor baharu kepada beliau. Siapa yang ada nombor beliau, mesej saya.

“Dia sampai je KL (Kuala Lumpur) nak kasi (bagi) motor terus,” kata individu terbabit.

Bagaimanapun kata individu itu, sudah ada pihak yang telah menghubunginya dan sesi pemberian motosikal itu akan dilakukan selepas ini.

“Tq (terima kasih) guys yang DM aku, dah jumpa pun Derrick. Pihak @faisalhalim.7 dan @blastactive akan susun sesi pemberian hadiah sebijik motosikal kepada Derrick,” tulisnya.

Terdahulu, Derrick, 30, tular di media sosial kerana sanggup menjual motosikalnya demi menyaksikan perlawanan antara Malaysia menentang Korea Selatan, kelmarin.

Derrick yang berasal dari Bandar Hilir, Melaka, mula tular apabila reaksinya menangis kegembiraan dirakam menerusi siaran langsung yang dipertontonkan kepada seluruh dunia.

Ujarnya yang bekerja sebagai pengendali mesin dan jentera, dia hanya mengetahui reaksinya dirakam apabila isteri dan keluarga menghantar tangkap layar mukanya sedang menangis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI