fbpx

Bulan Sabit Merah KL terima sumbangan ambulans dari MAIWP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Naim (tiga dari kiri) menyerahkan kunci ambulans sumbangan MAIWP kepada BSMMKL ketika ditemui di pekarangan Perumahan Awam Seri Selangor, hari ini. - Foto oleh SYAKIR RADIN / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyumbangkan sebuah ambulans bernilai RM250,000 kepada Bulan Sabit Merah Malaysia Kuala Lumpur (BSMMKL), hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, pihak MAIWP melakukan sumbangan tersebut dengan harapan pemberian ambulans itu dapat membawa manfaat kepada masyarakat setempat.

“Semoga dengan sumbangan hari ini, para asnaf dan mereka yang memerlukan mendapat manfaat daripada ambulans yang disumbangkan oleh MAIWP,” ulasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di sidang akhbar Program Ziarah Asnaf Bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Siri 1/2024 di pekarangan Perumahan Awam Seri Selangor, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Naim, pada hari ini juga turut disediakan kaunter pemeriksaan kesihatan kepada penduduk setempat yang dikendalikan oleh BSMMKL dan Pertubuhan Kumpulan Sokongan Komuniti Sejahtera (K2S).

“Untuk rekod, K2S juga telah dibantu oleh MAIWP iaitu melalui Bantuan Penubuhan Pusat Fisioterapi MAIWP dengan jumlah bantuan sebanyak RM620,000.

“Melalui pusat fisioterapi tersebut, golongan asnaf dan B40 boleh mendapatkan rawatan percuma selepas kemalangan atau menjalani pembedahan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI