fbpx

20 nahas jalan raya dalam 3 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa kenderaan terlibat dalam kemalangan di jalan raya ketika hujan kelmarin. - The Pattaya News

BANGKOK – Pasukan penyelamat di bandar Loei, Thailand merekodkan 20 kes kemalangan dalam tempoh tiga jam ketika hujan lebat kelmarin, lapor portal berita The Pattaya News.

Satu kemalangan melibatkan beberapa kenderaan pada awalnya dilaporkan berlaku di Jalan Loei-Chiang Khan selepas hujan turun.

Pasukan penyelamat Loei kemudian dikejarkan ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan mangsa tersepit di dalam kenderaan sebelum memindahkan mereka ke Hospital Loei.

Lebih 10 kes kemalangan berasingan kemudian dilaporkan di Jalan Loei-Wang Saphung dan Jalan Loei-Na Duang.

Dalam tempoh tiga jam, lebih 20 kes nahas berlaku di bandar itu dengan salah satu daripadanya menyebabkan kecederaan serius.

Siasatan mendapati kemalangan di kawasan tersebut berlaku pada setiap tahun selepas lori yang membawa muatan pokok getah menumpahkan lateks ke atas jalan.

Permukaan jalan raya juga dilaporkan menjadi licin, tambahan lagi apabila hujan lebat. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI