fbpx

Wanita tipu sakit terjumpa bos dalam pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Soares merakam majikannya ketika melihatnya di dalam pesawat. - TikTok

CANBERRA – Seorang wanita di Australia terkejut apabila menemui majikannya di dalam sebuah pesawat selepas menipu sakit untuk pergi melancong, lapor portal berita Asiaone semalam.

Leila Soares berkongsi rakaman kejadian itu di laman TikTok pada 15 Januari lalu.

“Saya menghantar mesej kepada majikan untuk tidak bekerja kerana sakit, namun bertemu dengannya di dalam sebuah pesawat,” demikian kapsyen video tersebut.

Rakaman memaparkan situasi di mana Soares melihat seorang lelaki berbaju-T biru ketika menaiki sebuah pesawat Jetstar.

Untuk mengelak dikenali majikannya, dia memakai topi, cermin mata hitam dan pelitup muka.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Jika anda tidak sakit sebelum ini, saya yakin anda sakit sekarang,” kata seorang netizen. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI