fbpx

Wacana Srikandi suntik inspirasi, motivasi kepada usahawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Azlina (tengah) pada sidang akhbar mengenai Wacana Srikandi di SACC, Shah Alam kelmarin.

SHAH ALAM – Usahawan yang sedang mencari ruang dan peluang untuk meningkatkan rang­kaian dan bertukar pendapat selain menambah rakan niaga bagi mengukuhkan lagi operasi perniagaan tahun ini berpeluang menyertai Wacana Srikandi bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia.

Forum bual bicara wanita inspirasi ikon berkualiti yang mengetengahkan tiga usahawan wanita dalam bidang perniagaan masing-masing bakal memberi semangat dan motivasi kepada peniaga khususnya wanita yang sedang menguruskan bisnes masing-masing.

Mereka adalah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Chatime Malaysia, Aliza Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Avenys Malaysia Sdn. Bhd., Aleeya Zailan dan Penerima Anugerah Inspirasi Pesona Wanita Johor, Masitah Mohd. Affandy.

Forum itu bakal dimanfaatkan oleh peserta yang hadir pada Wacana Serikandi anjuran SACC Convec Sdn. Bhd. (SCSB) pada 5 Mac ini di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif SCSB, Nor Azlina Amran berkata, wacana itu merupakan program sulung yang dianjurkan syarikat bertujuan untuk memperingati peranan wanita dalam pelbagai bidang dan memberi inspirasi kepada generasi baharu bagi mencapai kejayaan dalam bidang kerjaya dan kehidupan.

“Kami menjangkakan lebih 1,000 peserta akan menyertai program wacana ini.

“Program ini turut diserikan dengan pelbagai aktiviti se­perti pertunjukan fesyen eksklusif oleh pereka fesyen Jeddan, sajian eksklusif daripada cef terkemuka SACC dan persembahan artis terkenal seperti Anuar Zain, Ernie Zakri dan Syamel,” katanya pada sidang akhbar di sini kelmarin.

Azlina memberitahu, jualan meja kepada sektor korporat, syarikat perniagaan, badan bukan kerajaan dan individu bermula dengan tawaran harga RM3,500 hingga RM6,000 untuk sebuah.

Turut disediakan cabutan bertuah yang disumbangkan oleh para penaja program tersebut seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dan Worldwide Holdings Berhad. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI