fbpx

Tentera Darat gagalkan cubaan seludup 1.74 tan daun ketum ke Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota tentera menggagalkan cubaan menyeludup daun ketum ke negara jiran di sempadan Malaysia-Thailand di Kuala Nerang, hari ini.

KUALA NERANG – Tentera Darat (TDM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup sebanyak 1.74 tan daun ketum ke Thailand di sempadan negara, di sini hari ini.

Markas Divisyen Kedua Infantri (2 Divisyen) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, rampasan dilakukan di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd) pada pukul 7.15 pagi tadi.

“Pasukan operasi yang sedang melaksanakan tugas rondaan berkenderaan menemui sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max V-Cross Space Cab yang ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan di kawasan hutan berdekatan sempadan Malaysia-Thailand.

“Hasil siasatan mendapati terdapat 116 bungkusan mengandungi daun ketum seberat 1.74 tan dianggarkan bernilai RM52,200 di dalam kenderaan tersebut,” katanya.

Menurutnya, kesemua bungkusan berisi daun ketum dan kenderaan berkenaan dengan anggaran nilai keseluruhan RM150,200.00 diserahkan kepada Balai Polis Kuala Nerang untuk tindakan lanjut.

“Pasukan beroperasi sentiasa mengawal sempadan negara dan akan terus memastikan keselamatan sempadan terpelihara,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI