fbpx

Sajat cuma disyaki kanser, belum buat CT Scan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pempengaruh Sajat mendedahkan, doktor hanya mengesyaki dia menghidap kanser.

PETALING JAYA – Selepas mendedahkan derita kanser, usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau dikenali sebagai Nur Sajat memaklumkan doktor hanya mensyaki dia menghidap penyakit berbahaya itu.

Katanya, dia disarankan menjalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh serta Imbasan Tomografi Berkomputer atau CT Scan bagi mendapatkan pengesahan.

“Sebenarnya saya hanya disyaki hidap kanser bukannya betul lagi sebab doktor terkejut tengok saya kurus mendadak.

“Dia kenal saya, tanya ada pening-pening ke? Dia periksa tekak, mata dan minta jalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh.

“Biasalah doktor di sini akan tanya macam-macam bila tengok kita kurus. Lagipun, doktor tahu saya ada kad kesihatan, jadi nak buat tuntutan,” katanya dalam perkongsian TikTok.

Menurut Sajat yang kini bermastautin di Australia, keadaan berat badannya semakin berkurangan disebabkan aktif menyertai kelas tarian, selain berdiet.

“Saya kurus sebab masuk kelas menari, selain tukar rutin diet. Doktor pula bila tengok kita kurus, dia akan mensyaki yang bukan-bukan.

“Tak tahulah betul atau tidak, kalau betul pun biarlah. Tak kuasa, malas nak fikir. Lagipun, anda semua bukan sayang saya pun,” ujarnya secara berseloroh.

Pempengaruh media sosial berusia 38 tahun itu turut mengakui tertekan apabila keadaan tubuhnya dipersoalkan segelintir individu terutama ketika melakukan siaran langsung.

Perkara tersebut membuatkannya lebih beremosi tambahan pula pada ketika dia tinggal bersendirian di negara orang.

“Anda semua pun asyik tanya adakah saya sakit? Benda itu buatkan saya jadi emosi, sudahlah saya seorang diri di sini.

“Di sini doktor cakap saya sakit, anda pun asyik tanya benda yang sama, sakit hati pula saya dengar.

“Apa pun saya berharap apa yang disebutkan doktor itu sekadar andaian, bukan betul-betul,” ujarnya lagi.

Dalam perkongsian sama, Sajat menyatakan hanya dapat ke hospital semula pada minggu depan selepas disahkan Covid-19.

Kini dia yang berdepan simptom batuk serta rasa mual perlu menjalani fasa kuarantin di kediamannya sahaja.

Beberapa hari lalu Sajat dalam keadaan menangis membuat pengakuan mengejutkan apabila mendakwa hanya menunggu masa berikutan serangan kanser.

Walaupun tidak memperincikan sebarang informasi tambahan, rata-rata netizen meluahkan simpati selain ada yang meminta maaf kepadanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI