fbpx

Piala Dunia Hoki 5s: Malaysia gagal ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALAYSIA terpaksa akur bermain klasifikasi lima hingga lapan Piala Dunia Hoki 5s malam ini. - FIH

SKUAD hoki lima sebelah (5s) wanita negara berputih mata untuk membuat penampilan di pentas separuh akhir Piala Dunia Hoki 5s apabila tewas 4-6 kepada Afrika Selatan pada aksi suku akhir di Muscat, Oman hari ini.

Kekalahan itu pastinya pahit diterima barisan pemain yang mendahului Afrika Selatan 4-1 menerusi jaringan Nurul Safiqah Mat Isa pada minit kelima, Nur Zafirah Aziz (m-9), Dian Nursyakira Najwa Al-Wadqa Nazeri (m-10) dan Qhairunisya Mohd. Zanili (m-14).

Bagaimanapun, bintang Afrika Selatan, Reabetswe Phume yang membuka tirai jaringan perlawanan seawal minit kedua, menjadi pemusnah kepada harapan Malaysia apabila melengkapkan hatriknya, sekali gus membangkitkan semula harapan pasukan lawan.

Dua jaringannya itu diraih pada minit ke-15 dan 17 menjadikan kedudukan 4-3 sebelum skuad bimbingan Tsoanelo Pholo melakukan kebangkitan dramatik dengan tambahan tiga lagi gol.

KAPTEN Malaysia, Nur Syafiqah Mohd. Zain (kanan) menenangkan penjaga gol, Siti Noor Hafiza Zainordin selepas tewas 4-6 kepada Afrika Selatan pada aksi suku akhir Piala Dunia Hoki 5s hari ini. – FIH

Tiga gol tersebut berjaya diperoleh menerusi menerusi dua jaringan Toni Marks dan satu daripada Izelle Cilliers untuk melenyapkan harapan negara dengan kemenangan 6-4.

Ketua jurulatih skuad hoki 5s wanita negara, Nabil Fiqri Mohd. Noor tetap memuji semangat ditunjukkan anak-anak buahnya biarpun dikecewakan saat-saat akhir untuk menempa sejarah baharu arena hoki tanah air. 

“Satu persembahan yang baik daripada para pemain, tetapi kesilapan di minit-minit akhir menghukum dan menggagalkan kita ke separuh akhir,” katanya.

Biarpun gagal ke separuh akhir dan terpaksa bermain klasifikasi lima hingga lapan, namun pencapaian skuad hoki 5s wanita harus dipuji kerana berjaya mencapai sasaran suku akhir diletakkan oleh Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).

Ahad ini, skuad lelaki negara kendalian Wallace Tan pula akan turun membuka kempen Piala Dunia Hoki 5s menentang Oman dan Amerika Syarikat dalam saingan Kumpulan D. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI