KAPTEN skuad Harimau Malaya, Dion Cools memuji semangat juang rakan sepasukannya untuk bangkit daripada ketinggalan dua kali sebelum berjaya mengikat Korea Selatan seri 3-3 pada aksi terakhir Kumpulan E saingan Piala Asia malam tadi.
“Inilah lumrah bola sepak dan ia dimainkan sehingga wiselt penamat. Mungkin ada ketika kami tidak percaya boleh meraih keputusan seri tetapi pemain bekerja keras untuk berusaha memberi tekanan kepada lawan.
“Kita telah pamerkan karakter positif sepanjang perlawanan ini dan harap kami tidak perlu tunggu untuk tempoh yang lama sebelum layak ke pentas Piala Asia edisi akan datang,” kata Cools.
Pada perlawanan di Stadium Al Janoub itu, gol-gol pasukan Malaysia dijaringkan oleh Faisal Halim, Arif Aiman Hanapi dan Romel Morales.
Sementara itu, skuad Korea Selatan pula mendapat jaringan hasil penyudah Jeong Woo-yeong, Lee Kang-in dan kapten, Son Heung-min. – KOSMO! ONLINE