JAKARTA – Seorang wanita mengamuk di Pusat Kesihatan Masyarkat Lohia di daerah Muna, wilayah Sulawesi Tenggara, lapor portal berita Prohaba.co hari ini.
Dalam satu rakaman video, wanita itu dilihat membaling barang-barang, dipercayai milik pusat kesihatan tersebut.
Ini menyebabkan terdapat barang-barang yang rosak akibat perbuatannya. Kejadian berlaku baru-baru ini.
Punca wanita yang berumur 50 tahun itu marah adalah kerana gajinya selama lima bulan masih tidak dibayar oleh majikannya.
Dia sepatutnya menerima gaji 300,000 rupiah (RM89.76) sebulan kerana melakukan kerja pembersihan di pusat tersebut.
Pusat Kemasyarakatan Lohia kemudian membayar gaji tertunggak selama lima bulan itu secara sekali gus. – AGENSI