fbpx

Nurul Ain gagal hubungi keluarga di Gaza selepas rumah diserang Zionis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Situasi terkini di Gaza yang dikongsikan Nurul Ain di Facebooknya hari ini.

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia, Nurul Ain Haron, 38, yang pernah terperangkap di bumi Gaza sebelum ini berjaya dibawa pulang ke tanah air pada November tahun lalu memaklumkan sebahagian besar keluarganya di sana gagal dihubungi sehingga kini.

Katanya, ia terjadi selepas kawasan kediaman kakak iparnya di Semenanjung Gaza diserang tentera Israel baru-baru ini.

Menurut Nurul Ain, kesemua mereka kini hanya berlindung di bawah khemah buat sementara waktu, namun kawasan tersebut juga masih diancam rejim Zionis.

“Dapat berita dari orang lain, kesemua keluarga saya terpaksa keluar dari rumah kakak ipar kerana sudah tidak selamat dan bertempat di khemah.

“Kawasan berdekatan semalam beberepa syahid terkena tembakan rawak dan sehingga ke hari ini saya masih gagal hubungi mereka dan tidak tahu apa-apa keadaan dan tak tahu kawasan khemah dimana.

“Insya-Allah Allah jaga mereka, insya-Allah mereka selamat, insya-Allah tidak lama lagi semuanya akan kembali baik,” katanya dalam hantaran terbaharu di Facebook hari ini.

Terdahulu, Nurul Ain memaklumkan, 10 sepupu suaminya di Khan Yunis, Gaza, maut selepas kediaman mereka musnah terkena serangan bom tentera Zionis.

Konflik antara Palestin dan Israel kini memasuki bulan keempat, menunjukkan peningkatan ketegangan sejak bermulanya pada 7 Oktober lalu sehingga mengorbankan lebih 25,000 nyawa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI