fbpx

Microsoft sertai kelab 3 trilion dolar Apple

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOGO Microsoft dirakam di Barcelona pada 31 Januari 2023. -- AFP

NEW YORK – Microsoft menyertai Apple sebagai syarikat bernilai AS$3 trilion(RM14.21 trilion) kelmarin ketika pertaruhannya pada teknologi kepintaran buatan (AI), berterusan mengagumkan Wall Street.

Microsoft muncul sebagai syarikat kedua terbesar di dunia di belakang Apple berdasarkan modal pasaran. Saham Microsoft juga menokok 1.31 peratus kepada AS$404 (RM1913) sesaham.

Apple menang tipis untuk berada pada nilai AS$3.02 trilion (RM14.30 trilion) selepas mencapai modal pasaran AS$3 trilion buat kali pertama pada Januari 2022.

Bagaimanapun, Apple pernah jatuh di bawah penanda aras tersebut, malah turut hilang kedudukannya sebagai syarikat terbesar dunia buat seketika kepada Microsoft awal bulan ini

Microsoft kini menerajui syarikat-syarikat gergasi teknologi lain dalam meluncur ‘ombak keterujaan’ melibatkan AI.

Syarikat berpangkalan di Washington itu menjalin kerjasama dengan OpenAI yang mencipta ChatGPT dan dilaporkan bernilai AS$13 bilion (RM61.56 bilion).

Sejak pelancaran ChatGPT, Microsoft telah melancarkan beberapa produk yang membolehkan syarikat dan individu menggunakan keupayaan generatif AI khususnya menerusi enjin carian Bing pembantu maya, Copilot.

Sejak pelancaran ChatGPT pada awal November 2022, saham Microsoft mencatat peningkatan sekitar 60 peratus, manakala Apple menyaksikan kenaikan kira-kira 40 peratus. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI