CAMERON HIGHLANDS – Kesemua lima mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Batu 59 Kampung Raja adalah warganegara Myanmar.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, mangsa yang terlibat adalah warganegara Myanmar iaitu Shing Lan Har, 56; Shing Aung, 39; Om Myue, 38; Haphey, 36; dan Thang Moung, 25.
Bagaimanapun setakat ini masih belum disahkan identiti sebenar seorang mangsa yang ditemukan tertimbus pada pukul 3 pagi dan operasi mencari dan menyelamat masih giat dilakukan.
“Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian tersebut dan sekiranya mempunyai sebarang maklumat, boleh menghubungi Bilik Gerakan di talian 05-4915999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.10 pagi hari ini menyaksikan seorang lelaki maut manakala empat lagi termasuk seorang wanita tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Batu 59 Kampung Raja di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE