fbpx

Mana tangan dan kaki Bella?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norhisham

BATU PAHAT – “Kenapa buat adik saya macam ini, rangka Bella hanya tinggal beberapa sahaja.”

Demikian catatan Norhisham Samsusah, 36, dalam akaun Facebook miliknya hari ini.

Menurut Norhisham, rangka yang diterimanya daripada Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) hanya tengkorak kesan pecah akibat dihentak benda tumpul, satu rongga mata, tulang rusuk dan punggung sahaja.

“Selesai urusan (di mahkamah), tiba masa tuntut jenazah di Forensik HSI. Allahuakbar, Allahuakbar. Terkejut saya apbila tengok rangka Bella hanya tinggal beberapa saja. Hancur hati sehancur-hancurnya apabila terima Bella dalam keadaan begini.

“Kenapa buat adik saya begini, hanya tengkorak kesan pecah kena hentak benda tumpul, rongga mata ada satu, tulang rusuk punggung. Itu sahaja. Mana kedua kaki dan tangan Bella?,” katanya.

Norhisham turut merayu pertolongan siapa sahaja untuk membantu mencari beberapa bahagian rangka yang masih kurang seperti tangan dan kaki Bella kerana tidak disertakan ketika penyerahan jasad di HSI kelmarin.

Dalam catatan awalnya, Norhisham turut berkata dia tidak mampu mengawal emosi ketika di Mahkamah Majistrit Batu Pahat kelmarin sebaik sahaja melihat wajah tertuduh, Mohammad Haikal Mahfuz.

“Rupanya dia tahu sesuatu tapi disorok, terbayang muka penipuan dia. Keadaan sangat emosi, hancur terluka, marah semua ada. Saya dah beritahu awal-awal teman lelaki dia tahu sesuatu,” katanya.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI