fbpx

Keputusan ICJ dipuji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEPULAN asap menjulang selepas tentera Israel mengebom bangunan di Rafah, Gaza semalam. - Foto AFP

BANDAR GAZA – Kumpulan Hamas memuji keputusan penting mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini bahawa Israel  harus melakukan segala yang boleh untuk mencegah  tindakan pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza.

Menurut Hamas, keputusan itu membantu untuk meminggirkan Israel.

“Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa  (ICJ) adalah perkembangan penting yang membantu kepada pengasingan Israel dan mendedahkan jenayah mereka di Gaza,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Terdahulu, ICJ di The Hague, Belanda dalam penghakimannya berkata, Israel mesti mengambil semua langkah untuk mencegah pembunuhan beramai-ramai penduduk Gaza.

Mahkamah itu juga mengarahkan Israel membenarkan akses kemanusiaan di Gaza sekali gus memberikan keputusan penting dalam kes yang telah menarik perhatian global. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI