fbpx

Kedah, Pulau Pinang antara negeri dilanda hujan lebat petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kedah dan Pulau Pinang antara empat negeri yang diramal mengalami hujan lebat dan ribut petir sehingga pukul 6 petang ini.

Selain itu menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Perak dan Sarawak dijangka turut menerima cuaca buruk sama.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Kulim dan Bandar Baharu) dan seluruh Pulau Pinang.

“Turut terlibat, negeri Perak (Kerian dan Larut, Matang Dan Selama) dan Sarawak: Samarahan (Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis) dan Bintulu (Tatau),” kata MetMalaysia menerusi kenyataannya di Facebook.

Dalam perkembangan lain, berdasarkan analisis model-model cuaca, luruan monsun dijangka berlaku sehingga Ahad ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah, menerusi satu kenyataan berkata, keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan dalam tempoh berkenaan.

“MetMalaysia telah mengemas kini amaran aangin kencang dan laut bergelora berkuat kuasa sehingga 28 Januari 2024.

“Sementara itu, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang masih berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga ke malam di pedalaman dan barat Semenanjung Malaysia serta selatan Sarawak,” ujarnya.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI