fbpx

Jual pisang goreng besarkan 6 anak yatim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Shaperi (kiri) menyampaikan sumbangan Kotak Prihatin Perkeso kepada Ramlah ketika berkunjung ke rumah wanita itu di Manjung baru-baru ini.

LUMUT – Kehidupan seorang suri rumah bersama enam anaknya berubah sekelip mata selepas ketua keluarga mereka meninggal dunia akibat penyakit jantung tiga bulan lalu.

Ramlah Md. Jalani, 43, kini ibarat ‘wanita besi’ kerana perlu menanggung keluarga seorang diri memandangkan enam anaknya berusia lima hingga 19 tahun masih belajar.

Setiap hari, wanita berasal dari Puchong, Selangor itu perlu menyiapkan anak-anak berusia 17, 15, 12 dan 10 ke sekolah. Anak yang berusia lima tahun pula belajar di prasekolah. Seorang lagi anak Ramlah berusia 19 tahun menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Ramlah mengambil upah menghantar tiga anak jirannya ke sekolah dan menjual pisang goreng pada sebelah petang berdekatan rumahnya bagi menampung perbelanjaan harian.

“Saya juga mengambil upah mengurut wanita. Walaupun dapat pencen penakat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), dengan tanggungan ramai jumlah itu tidak mencukupi.

“Ada kalanya terasa perit juga kerana pendapatan jual pisang goreng dan mengurut tidak menentu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Sitiawan di sini baru-baru ini.

Terdahulu, Ramlah menerima kunjungan Perkeso yang me­nyampaikan sumbangan Kotak Prihatin Perkeso berisi barangan keperluan asas diketuai Pengurus Pejabat Perkeso Manjung, Mohd. Shaperi Md. Salleh.

Bercerita lanjut, Ramlah memberitahu, arwah suaminya yang bekerja sebagai pemandu bas ekspres meninggal dunia pada 15 Oktober lalu pada usia 43 tahun.

Sebelum ini, mereka menyewa sebuah rumah di Kampung Teluk Penchalang sebanyak RM500 sebulan. Baitulmal membantu membayar sewa RM400 sebulan, manakala bakinya dijelaskan arwah suaminya.

Sementara itu, Mohd. Sha­peri memberitahu kunjungan ke rumah Ramlah adalah bagi menyatakan simpati terhadap balu itu seterusnya menyampaikan bantuan dalam mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung ibu tunggal tersebut.

Untuk sebarang bantuan, Ramlah boleh dihubungi menerusi talian 010-3632183.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI