fbpx

Jangan terlalu selesa, amal SOP Covid-19 ketika Tahun Baharu Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Dzulkefly

PUTRAJAYA – Orang awam diminta tidak terlalu selesa dan dinasihatkan sentiasa berjaga-jaga bagi mengelak penularan kes Covid-19 menjelang sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, biarpun tidak lagi gusar, namun semua pihak perlu tetap berhati-hati dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sebelum ini.

Beliau berkata, bagi yang mengalami gejaja dan simptom seperti batuk mereka perlu memakai pelitup muka bagi mengelak jangkitan.

“Sekarang ini, bila kita nampak orang pakai pelitup muka mungkin dia batuk. Jika berada di kawasan sesak, perlu ambil langkah berjaga-jaga,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2024 Kementerian Kesihatan (KKM), di sini hari ini.

Katanya, SOP itu masih sama dan ia diharap dapat membantu mengelakkan penularan kes dalam kalangan masyarakat.

Dr. Dzulkefly berkata, beliau juga mengingatkan orang ramai supaya tidak terlalu berjaga-jaga sehingga mengganggu kehidupan seharian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI