fbpx

Hujan berterusan empat kampung di Kota Tinggi dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk mengeluarkan perabot yang terkena banjir.

KOTA TINGGI – Hujan lebat berterusan lebih lima jam menyebabkan empat buah kampung di daerah Kota Tinggi di sini dilanda banjir.

Seramai 251 orang daripada 60 keluarga berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kota Tinggu menerusi kenyataan berkata, Felda Air Tawar 1, merekodkan 162 orang yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Felda Air Tawar 1.

56 penduduk terjejas dari Kampung Sepak Hulu dan Kampung Sepak Hilir berlindung di PPS SK Bukit Lintang manakala 33 orang berada di PPS Dewan Kampung Baru Sungai Mas.

“Hujan lebat lebih lima jam menyebabkan air mula melimpah dari beberapa sungai seperti Sungai Lalang, Sungai Jamrot dan jika Gunung Panti juga lebat maka air sungai akan cepat melimpah ini akan segera banjir kilat berlaku bagi kawasan tersebut.

“Di Felda Air Tawar 1 hujan lebat berterusan dan bermula dari pukul 5 petang semalam kawasan rumah penduduk sudah mula dinaiki air. Penduduk kemudian mula berpindah kerana air dah memasuki kawasan kediaman ekoran dari limpahan Sungai Temon yang menyebabkan banjir kilat berlaku,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI