fbpx

“Hot Daddy” dan dua wanita didakwa iklan khidmat persundalan dalam X

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasli Ikhwan (kanan) dan dua lagi tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen hari ini. -Foto SYAKIR RADIN/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Seorang bapa tiga anak yang popular dengan panggilan “Hot Daddy” yang tular dalam aplikasi X didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari atas pertuduhan membuat pengiklanan khidmat persundalan dalam aplikasi itu minggu lalu.

Bagaimanapun ketiga-tiga tertuduh iaitu Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, Norshazrina Md Zamri, 27, dan Norhidayah Mahadi, 24, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan di bacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Mengikut pertuduhan ketiga-tiga tertuduh didakwa bersama-sama membuat pengiklanan khidmat persundalannya memggunakan aplikasi X dimana orang yang munasabah akan memahaminya sebagai khidmat persundalan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Bukit Aman di sini pukul 10.10 pagi pada 16 Januari lalu.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan dan dibaca dibawah Seksysn 34 kanun yang sama yang memperuntukkan penjara maksimum 15 tahun dan dengan sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd. Latif tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap ketiga-tiga tertuduh kerana kesalahan tidak boleh dijamin.

“Bagaimanapun sekiranya mahkamah membenarkan jaminan, pihak pendakwaan mencadangkan jumlah RM20,000 kepada setiap tertuduh,” kata Nidzuwan.

Bagaimanapun peguam Mohd. Fariz Abrar Othman yang mewakili ketiga-tiga tertuduh memohon mahkamah memberikan ikat jamin dengan jumlah jaminan yang rendah.

Menurut Mohd. Fariz ketiga-tiga tiada kebarangkalian tertuduh melarikan diri memandangkan kesemuanya rakyat tempatan selain keluarga mereka juga tinggal di sini.

“Hasli Ikhwan mempunyai tiga anak berusia 4, 10 dan 12 tahun. Tertuduh Norhidayah tiada pendapatan tetap manakala Norshazrina menanggung ibu yang sudah tua,” kata peguam itu.

Selepas mendengar makluman dan permohonan kedua-dua belah pihak, Hakim Siti Aminah membenarkan ketiga-tiga tertuduh masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Tarikh 28 Februari ini ditetapkan sebulan semula kes.

Pada 18 Januari lalu, media melaporkan ketiga-tiga mereka ditahan sebuah rumah di Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang, pada pukul 2.30 petang, Rabu lalu.

Lelaki itu dikesan melalui hasil maklumat dan risikan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), JSJ Bukit Aman mengenai kegiatan mempromosikan aktiviti seks dirinya sendiri yang dirakam dan dijual untuk tontonan di platform Telegram.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI