fbpx

Cuaca buruk di utara Semenanjung berlanjutan hingga malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang yang dilaporkan melanda sebahagian besar kawasan di utara Semenanjung kini dijangka boleh berlanjutan sehingga ke malam.

Menerusi laporan cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook sebentar tadi, ia memaklumkan antara kawasan berisiko adalah Bandar Baharu, Kedah, seluruh Pulau Pinang serta beberapa daerah di Perak.

“Antaranya Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar.

“Di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Bentong serta Hulu Langat, Selangor,” kata MetMalaysia.

Dalam laporan sama, MetMalaysia turut menjangkakan cuaca buruk bakal melanda Jelebu, Negeri Sembilan dan beberapa bahagian negeri Sarawak seperti Sarikei, Sibu dan Kapit (Belaga).

“Keadaan tersebut dijangka berlaku sehingga pukul 9 malam hari ini,” jelas MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI