fbpx

Beli matawang digital RM3,000 untung RM20 juta ?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Terpedaya dengan paparan keuntungan sehingga RM20 juta dengan hanya pelaburan sebanyak RM3,000 membuatkan seorang peniaga kedai elektrik mengalami kerugian sebanyak RM383,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian bermula di Temerloh pada September tahun lalu selepas mangsa yang berumur 47 tahun menyertai satu skim pelaburan saham yang menjanjikan keuntungan lumayan melalui laman sosial Facebook.

“Kemudian suspek telah memperkenal kepada mangsa matawang digital menggunakan platform ‘Accerx’.

“Mangsa mula membuat pindahan tukaran matawang digital sebanyak RM3,000 dan melakukan transaksi berikutnya kerana tertarik dengan paparan di “Accerx” yang menunjukkan keuntungan wang RM20,802,876.08,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa telah melakukan sebanyak 16 kali transaksi ke enam akaun bank berlainan sehingga mengalami kerugian RM383,000 dan sumber kewangan mangsa adalah wang simpanan.

Beliau memberitahu mangsa mula menyedari menjadi mangsa penipuan pelaburan selepas suspek memaklumkan bahawa seseorang telah membuat aduan ke atas nama mangsa di bahagian penggubahan wang haram dan mangsa dikehendaki mengeluarkan kesemua wang keuntungan.

“Bagaimanapun suspek meminta mangsa terlebih dahulu membayar satu peratus daripada jumlah keuntungan dan sekiranya mangsa gagal membuat bayaran, wang keuntungan tersebut akan hilang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI