fbpx

Beli kupon cabutan bertuah haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Azhar ketika menyampaikan ceramah di sebuah masjid baru-baru ini.

PETALING JAYA – Membeli kupon cabutan bertuah pada harga tertentu dengan bertaruh nasib untuk mendapatkan hadiah yang disediakan oleh penganjur hukumnya adalah haram.

Menerusi penjelasan pendakwah selebriti, Ustaz Azhar Idrus dalam satu video yang dimuat naik di laman YouTube rasminya hari ini berkata, haram jika seseorang itu membayar harga kupon cabutan bertuah tanpa mendapat sebarang pulangan yang setimpal.

“Yang bolehnya begini, berapa harga baju? Contoh RM30, kiranya siapa nak beli baju dalam sebuah event (karnival) Y15 kah, RXZ kah, siapa daftar dia layak menyertai cabutan bertuah. Caranya hendaklah beli baju, RM30 memang harga baju.

“Maka jika sesiapa membeli satu barangan kemudian syarikat atau kedai tersebut buat cabutan bertuah maka dapat hadiah, hukumnya harus.

“Yang tak boleh ialah selain dari harga baju, harga cabutan bertuah diasingkan. Kena bayar harga kupon cabutan pula. Siapa yang bayar, dia tidak dapat apa-apa, cuma berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah dan hadiah itu dikumpul daripada bayaran keseluruhan kupon itu hukumnya haram,” katanya.

Dalam pada itu, Ustaz Azhar berkata, sekiranya seseorang individu itu berasa ragu dengan kupon atau hadiah cabutan bertuah yang disediakan penganjur mahupun sesebuah syarikat, beliau menasihatkan agar mereka tidak mengambilnya.

“Bagi pihak kita (pembeli atau peserta cabutan bertuah) sekiranya rasa tidak sedap, Nabi Muhammad SAW kata tinggalkan sesuatu yang kita rasa tak sedap hati. Maknanya jangan terlibat (program cabutan bertuah), jangan laju mulut,” pesannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI