fbpx

Bayaran STR Fasa 1 dibayar mulai Isnin depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Kementerian Kewangan akan membuat pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 bermula Isnin depan kepada penerima yang berdaftar menerusi pangkalan data bantuan berkenaan.

Bayaran STR itu akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan STR masing-masing mulai 29 Januari 2024.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan terus memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus dibantu melalui ekonomi Madani.

“Selaras dengan pendekatan Ekonomi Madani untuk ‘meninggikan lantai’ daripada segi kualiti hidup rakyat, kerajaan akan mengutamakan dan memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya

“Kerajaan sentiasa peka kepada keluhan rakyat dan akan terus menambahbaik STR dalam usaha membantu rakyat dalam mendepani cabaran kos sara hidup,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan Kementerian Kewangan tadi.

Setakat ini, seramai 8.2 juta individu layak telah berdaftar untuk STR 2024.

Bagaimanapun, angka itu dijangka naik hampir sembilan juta bagi tahun ini mengambil kira proses permohonan baharu dan kemas kini dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI