fbpx

Banjir: Mangsa di Kelantan turun 577 orang, dua PPS ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang warga emas, Roslan Daud,63, (kiri) dan cucunya berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Chenulang, Kuala Krai hari ini. -Foto ROSMIZAN RESDI/KOSMO!

KOTA BHARU – Mangsa banjir di Kelantan turun kepada 577 orang susulan cuaca panas dan cerah di kebanyakan kawasan sepanjang hari ini.

Sekreteriat Pengurusan Bencana Kelantan dalam satu kenyataan berkata, setakat pukul 4 petang ini, jumlah itu menunjukkan penurunan sebanyak 327 orang daripada 884 orang pada tengah hari tadi.

Menurutnya, sebanyak 14 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di tiga buah daerah iaitu Tanah Merah, Kuala Krai dan Pasir Puteh.

“Tanah Merah menempatkan seramai 279 orang mangsa, Kuala Krai (270) dan Pasir Puteh (28) daripada 162 keluarga.

“Dua buah PPS di Machang yang menempatkan 18 orang mangsa ditutup sepenuhnya pada pukul 12.30 tengah hari tadi,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Sungai Golok di Rantau Panjang melepasi paras bahaya manakala Sungai Kelantan di Tangga Krai, Kuala Krai berada pada tahap berjaga-jaga.

Tambahnya, sungai-sungai lain di Kelantan masih mencatatkan bacaan normal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI