fbpx

Banjir: 13 PPS lagi dibuka di Kelantan tempatkan 840 mangsa terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) membantu memindahkan mangsa banjir di Kampung Pangkal Jenereh, Machang semalam. -Foto APM

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 840 orang meskipun cuaca panas dan cerah di kebanyakan daerah hari ini.

Sekretariat Pengurusan Bencana Kelantan dalam satu kenyataan berkata, jumlah itu melibatkan 259 keluarga yang berlindung di 15 pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurutnya, setakat ini, empat buah daerah yang terjejas banjir Tanah Merah, Kuala Krai, Pasir Puteh dan Machang.

“Pasir Puteh mencatatkan jumlah mangsa banjir paling ramai dengan 350 orang, Tanah Merah (246), Kuala Krai (226) dan Machang (18).

“Hanya dua buah PPS dibuka di Pasir Puteh kelmarin. Sehingga pukul 8 pagi tadi, 13 buah PPS lagi dibuka di tiga daerah lain,” katanya.

Menurut kenyataan itu, setakat ini, tiga sungai iaitu Sungai Kelantan di Tangga Krai (Kuala Krai) dan Kuala Besar (Kota Bharu) selain Sungai Golok di Kuala Jambu (Tumpat) sudah melepasi paras berjaga-jaga.

Tambahnya, sungai-sungai lain di Kelantan masih mencatatkan bacaan normal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI