fbpx

AFCON: Isu penggantungan tak jejas Maghribi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZIYECH muncul wira Maghribi apabila meledak gol tunggal menewaskan Zambia 1-0 awal pagi semalam. – AFP

SAN PEDRO – Beraksi tanpa kelibat jurulatih, Walid Regragui yang digantung perlawanan langsung tidak menjejaskan sema­ngat Maghribi apabila berjaya mencatat kemenangan 1-0 ke atas Zambia pada aksi Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2023 awal pagi semalam.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Laurent Pokou itu, skuad The Atlas Lions memastikan tiga mata menjadi milik mereka menerusi gol tunggal perlawanan yang dijaringkan kapten, Hakim Ziyech pada minit ke-37.

Penolong jurulatih Maghribi, Rachid Benmahmoud berkata, walaupun tanpa kehadiran Regragui, namun kemenangan itu berpunca daripadanya yang banyak memberikan tunjuk ajar sepanjang perlawanan berlangsung.

“Regragui banyak berjasa kepada bola sepak Maghribi dan sentiasa mempertahankan pasukan. Walaupun tidak bersama kami, tetapi banyak arahan datang daripada beliau.

“Kami menerima berita (penggantungan Regragui) ketika sedang melakukan persiapan untuk perlawanan ini. Bagaimanapun, kami menghormati keputusan yang dibuat CAF (Konfederasi Bola Sepak Afrika),” katanya.

Sementara itu, pemain ­tengah, Sofyan Amrabat menaruh keyakinan Maghribi mampu melangkah lebih jauh pada edisi kali ini sekiranya mereka dapat mengekalkan aksi yang ditampilkan di peringkat kumpulan.

“Saya bersyukur kerana kami dapat melayakkan diri ke ­pusingan 16 terbaik. Semua orang tahu AFCON bukanlah aksi yang mudah, namun kami sudah berjaya mencapai sasaran pertama,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI