fbpx

4 lelaki tempatan gagal seludup lima palet cecair pencuci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat lelaki tempatan yang ditahan ketika menyeludup keluar cecair pencuci ke Indonesia melalui sempadan di Sektor Pos GABMA Kandaie, malam tadi.

LUNDU – Pasukan tentera darat berjaya mematahkan kegiatan empat lelaki tempatan menyeludup keluar lima palet cecair pencuci dianggarkan bernilai RM303,506 ke Indonesia melalui sempadan di sini.

Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) berkata tangkapan dibuat di Sektor Pos GABMA Kandaie, hasil maklumat yang diterima daripada penduduk tempatan kira-kira pukul 10 malam tadi mengenai sebuah lori yang mencurigakan dilihat menuju ke kawasan sempadan Malaysia-Indonesia.

“Bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan anggota yang bertugas telah bergerak ke kawasan ladang Kampung Kendaie bagi membuat tinjauan dan telah berjaya menahan empat orang lelaki warganegara Malaysia.

“Hasil daripada pemeriksaan lanjut, mereka mengaku sedang dalam perjalanan ke sempadan Indonesia bagi menjalankan aktiviti penyeludupan sebanyak lima palet cecair pencuci,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya keempat-empat lelaki berusia dalam lingkungan 31 hingga 49 tahun terbabit telah dibawa ke Balai Polis Daerah Lundu untuk siasatan lanjut.

“Tentera Darat Malaysia sentiasa komited, fokus dan mempunyai tahap kesiagaan yang tinggi dalam menganalisa persekitaran dan mengawal sempadan negara daripada sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan, pencerobohan dan penyeludupan pada bila-bila masa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI