fbpx

TH nafi agih kuota tertentu pada pihak swasta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) menyangkal dakwaan yang mengatakan pihaknya mengagihkan kuota tertentu kepada pihak swasta atau Pengendali Jemaah Haji (PJH).

TH dalam satu kenyataan mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan berita palsu atau belum dipastikan kesahihannya yang boleh mencetus keresahan masyarakat.

“Sepertimana yang telah diketahui ramai, kuota haji berjumlah 31,600 yang telah diberikan oleh Kerajaan Arab Saudi adalah mengikut sistem pendaftaran haji terbuka berdasarkan konsep “Mendaftar Dahulu, Didahulukan” yang dilaksanakan sejak dari tahun 1995.

“Apabila bakal jemaah sudah terpilih di dalam kuota tahunan, mereka boleh memilih samada ingin menunaikan ibadat haji melalui TH (Muassasah) atau melalui syarikat-syarikat PJH yang telah dilesenkan oleh TH,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu katanya, bakal Haji yang memilih syarikat PJH adalah mereka yang berkemampuan untuk membayar lebih dari kos haji bagi mendapatkan perkhidmatan yang lebih baik dari Muassasah.

“Dakwaan bahawa TH hanya mengendalikan 11,000 jemaah pada tahun ini adalah tidak benar kerana majoriti jemaah haji atau sekitar 70 peratus hingga 80 peratus adalah melalui Muassasah.

“TH menasihati orang ramai agar untuk tidak mudah percaya dengan berita palsu yang tular di media sosial. Bakal jemaah Haji Malaysia dinasihatkan untuk rujuk kepada platform media sosial rasmi TH bagi mendapatkan maklumat yang sahih, tepat dan terkini,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI