fbpx

Tak adil, mansuhkan juga pencen wakil rakyat – Akmal Saleh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKMAL SALEH. Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/KOSMO!

JASIN – Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh menyarankan kerajaan untuk memansuhkan skim pencen wakil rakyat terlebih dahulu sebelum melaksanakannya terhadap penjawat awam lantikan baharu.

Beliau berkata, perkara itu akan dibawa ke dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO esok bagi menyuarakan pandangan Pemuda.

Katanya, Pemuda UMNO bersetuju dengan keputusan dibuat oleh pihak kerajaan tetapi langkah itu perlu mempunyai pelan sokongan untuk membantu rakyat selepas tamat tempoh perkhidmatan dan ia haruslah dimulakan dengan wakil rakyat.

“Saya faham kedudukan kewangan kerajaan ketika ini tetapi jika hendak mulakan (pemansuhan pencen) kepada penjawat awam, dia (kerajaan) kena mulakan dengan wakil rakyat termasuk lantikan politik.

“Janganlah kita yang buat polisi tapi bukan untuk kita (wakil rakyat) sebaliknya untuk rakyat. Apa bezanya wakil rakyat dengan penjawat awam?

“Bayangkan penjawat awam yang berkhidmat 40 tahun mungkin akan menerima pencen RM1,000 atau RM2,000 sebulan, wakil rakyat yang berkhidmat satu penggal pun dah dapat pencen, ini tidak adil,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas sesi lelongan haiwan ternakan di sini, hari ini.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Kabinet bersetuju perjawatan bagi penjawat awam baharu berstatus tetap adalah tidak berpencen.

Jelas Ahmad Zahid, pendirian itu dibuat selepas menilai jumlah pencen yang terpaksa ditanggung kerajaan jika sistem saraan sedia ada tidak dipinda, akan mencecah RM120 bilion setahun menjelang 2040. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI