fbpx

Rugi hampir setengah juta ‘melabur’ dengan scammer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Pengurus syarikat berputih mata setelah wang berjumlah RM422,173 yang dilaburkan lesap akibat diperdaya skim pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kes itu daripada seorang lelaki warga tempatan berusia 38 tahun, kelmarin.

Katanya, lelaki itu mendakwa ditipu skim pelaburan atas talian yang menawarkan perniagaan barangan kesihatan secara dalam talian yang boleh memberikan pulangan lapan peratus bagi setiap pembelian.

“Mangsa yang tertarik dengan pulangan yang dijanjikan telah melakukan 43 transaksi pembayaran ke lima akaun bank berbeza sejak 6 Disember lalu hingga Ahad lalu dengan keseluruhan berjumlah RM422,173.

“Pembayaran tersebut adalah untuk pembelian barangan dan mangsa dijanjikan wang akan dikembalikan berserta lapan peratus komisen, namun apabila mangsa meminta bayaran balik dan komisen yang dijanjikan, suspek mengarahkan mangsa membuat bayaran tambahan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mohd. Sohaimi berkata, mangsa sedar yang dirinya ditipu suspek setelah diarahkan membuat bayaran tambahan selain diberikan pelbagai alasan ketika meminta bayaran balik dan komisen yang dijanjikan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Siasatan juga akan meliputi penglibatan ‘keldai akaun’ sekiranya ada dan tindakan akan diambil terhadap pemilik akaun yang terlibat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI